Tuesday, June 4, 2013

Yey! Nad dah Tinggi !

Greeting Text


First, Nad nak bersyukur sangat sebab ketinggian dah meningkat. Even 4inci je, tapi boleh lah tu.. Duk Cameron ni memang susah nak tinggi sebab mesti akan terbantut nya. Tapi dengan berkat usaha yang hari-hari Nad buat, naik jugak. Kenapa Nad nak tinggi? Sebab bagi sesetengah orang, dia taknak jadi tinggi sebab tak lawa lah, susah nak cari laki tinggi lah and macam-2 lagi. Bagi Nad, tinggi tu lawa :D Dekat sekolah, lagi spesifik dlm kelas lah. Nad yang ketiga paling pendek tau. Kawan-2 Nad semua tinggi. Bila lepak dengan diorang, mesti akan rasa rendah diri. Kalau diorang bukak topik pasal ketinggian, Nad akan senyap je. Tak yah cakap lah kalau pasal berat. Lagi lahhh.. Nad ni dikategorikan sebagai Pendek Gemuk. 

One day, ada kawan Nad (Izzaty) cakap, dari Nad jaga berat badan sangat, baik Nad naikkan ketinggian. So, bila dah tinggi perasaan kita gemuk akan hilang sikit-2. Nad pun try lah. Seperti biasa, Encik Google akan jadi rujukan. Nad kalau boleh nak tinggi secara natural. Kalau makan ubat nak tinggi takut ada side effects pulak. Memandangkan Nad pun muda lagi. *ada ke ubat nak tinggi ? #WhatEverrrLahh..

Untuk entry kali ni, Nad nak share ape yang Nad buat untuk jadi tinggi sangaaattt ni *Ahakkss :P Bagi sesiapa yang menerima nasib yang sama, boleh try tapi ingat, benda ni kena buat hari-hari untuk hasil yang cepat. Tapi kalau dah tertinggal sekali dua tuu, takpe lah. Jangan nangis pulak. InsyaAllah, kalau selalu buat, dalam 3 minggu dah boleh hasilnya. *Jangka masa tak boleh dianggar sebab jenis orang berlainan. Kalau Nad 3 minggu lah, sebab maybe tinggal kat sini.

Steps / Langkah-Langkah :

1) Kena ukur ketinggian korang yang asal. Baru boleh tahu jadi ke tidakk..

2) Makan sayur. Benda ni common lah.  Nak kurus ke, putih ke.. kena makan sayur. sebab ini ubat utama untuk jadi tinggi selain kurus. Nad pun makan paksa je. Ingat, bila nak makan sayur tu, ingat nak Tingggii je. InsyaAllah, boleh telan. Takpun, makan takda nafas. Boleh jugakk :D

3) Ini antara senaman yang Nad buat selepas bangun tidur. Korang kena ingat ini. Kalau boleh, pasang alarm. Seeloknya dilakukan waktu pagi-2. So, bangun awal yee.. 

i. Bangun je, terus stretching. 
ii. 
senaman ni elok bila korang bangun.
memang nampak macam orang gila sikit tapi senaman ni lah paling berkesan.

dan ini. kompom kaki kome lagi panjang.

iii. lagi elok, lepas buat stretching ni, pergi jogging or berbasikal. untuk step ni, Nad buat masa cuti. Budak sekolah kan.. 

Tu je lah yang Nad buat. Nad pun ada je tinggal kadang-2 sebab tu memakan masa terlalu lama. tapi kalau korang buat dengan selalu, kompom seminggu je. Kalau still tak naik, maybe ada dua reason. Satu, korang skip makan sayur atau senaman korang tertalu sekejap. Sekurang-kurangnya 15 min okay. Another reason, ketinggian korang memang dah tak boleh naik. Senang kata, terbantut. 

Dan ingat, jangan terlalu berharap. Kalau kauorang ada cara lain and nak share. Comment sajoo and tak percaya yang Nad punya steps, cari dekat Google or jumpa Pakar. Assalamualaikum :)



6 comments:

 
Hak cipta terpelihara Miraa Hussin| Copyright-2012